Wednesday, April 30, 2014

Sudahkan Kita Bersyukur..?


Bila sampai waktu itu




“Man kita hendak ke mana lagi? Waktu zohor pun dah dekat” Tanya Karim prihatin.

“Itu kedai depan sana, aku tak puas lagi lah nak shopping, baju yang aku hendak cari belum 
jumpa lagi” Jawab Rahman terdesak.

“Habis ini yang banyak-banyak kau beli tadi untuk siapa pula, kalau bukan kau punya?. Seluar, T-Shirt ni bukan main mahal lagi, jenama mahal-mahal pula tu”. Jeling Karim kepenatan.

“Eh, kau ikut saja lah, itu lain, ini yang aku nak cari lain sikit. Nanti lepas shooping kita solat lah.
Panjang lagi kan zohor tu, gelabah lah kau”. Jawab Rahman yakin.


Syukur

Setiap manusia yang dilahirkan sudah tentu inginkan kebahagian, kesenangan dan ketenangan dalam hidup. Mungkin punya segala-galanya bagi manusia itu sudah sempurna dalam kehidupannya. Kekurangan yang ada pula sebalikknya mendatangkan keluhan dan kebimbangan di hati. Lalu timbul pula rasa tamak dan dengki andai ada kenalan yang lebih senang dan mewah darinya. Namun bagaimana pula bagi manusia yang diuji dengan kekurangan dalam kehidupannya. Lahir dalam keluarga miskin, tidak berpendapatan lumayan, serba kekurangan itu dan ini. Dan adakah bila seseorang itu kaya, itu juga merupakan ujian kepada dirinya?.

Persoalan ini seharusnya menjadi muhasabah kepada kita semua, kerana setiap manusia diuji dengan ujian tertentu. Orang yang kehidupannya senang, punya kemewahan berganda namun di sana barangkali diuji Allah dengan kesakitan yang menyebabkan hilang nikmat itu dan ini. Boleh jadi juga orang miskin yang serba kekurangan dari sudut harta pula, kehidupan mereka jauh lebih bahagia dari sang kaya yang punya wang berjuta. Namun tidaklah menjadi dalil kepada kita untuk mengatakan sebegitu rupa, cumanya ini sebagai suatu contoh yang ingin mengajar kita erti syukur kepadaNya.
Allah taala menggambarkan erti syukur di dalam firmanNya:

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.“ (QS. 2:172

Syukur adalah pengakuan hati terhadap sesuatu ganjaran, nikmat yang dianugerahkan yang diberikan oleh ALLAH Taala. Syukur juga bukan hanya meliputi terhadap perkara-perkara nikmat, malah ianya juga meliputi syukur kerana terlepas daripada bala, malapetaka dan bencana yang menimpa. Setiap nikmat yang diberikan Allah kepada makhluknya adalah kurniaannya semata-mata seperti kesihatan yang baik, pancaindera yang sempurna, akal yang waras dan sebagainya. Lalu menjadi kewajipan kepada setiap manusia untuk bersyukur dan menggunakan segala nikmat yang diberikan untuk mengabdi dan beribadah kepada Allah s.w.t.




Bagaimana Mahu Bersyukur : Antara keperluan atau kemahuan

Ramai antara kita pandai berkata-kata namun tidak ramai juga yang mampu melaksanakan apa yang diperkatakan. Setiap tindakan kita terkadang lebih menjurus kepada kemahuan nafsu, terkadang berlebihan sehinggakan mengutamakan yang tidak penting lebih daripada keperluan utama. Kurang fahamnya kita terhadap ‘fiqh aulawiyat’ ini menyebabkan kesan itu kembali kepada diri kita sendiri atau orang lain yang terpaksa menangung beban itu. Secara mudahnya saya jelaskan sedikit secara ringkas perkaitan fiqh aulawiyat ini antara keperluan atau kemahuan.

a. Ad-Doruriyat : Perkara yang amat diperlukan oleh manusia sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini. Ketiadaannya akan membawa permasalahan dan kemusnahan pada seseorang individu itu. Sebagai contoh udara diperlukan untuk manusia bernafas dan terus hidup, begitu juga pakaian sebagai keperluan utama manusia untuk menutup dan melindungi tubuh badan.

b. Al-Hajiyat : Perkara yang diperlukan manusia untuk mengelakkan daripada kepayahan dan kesulitan.Ketiadaannnya menyebabkan manusia berada dalam kesempitan tetapi tidak sampai kepada kesusahan melampau dan kemusnahan hidup. Sebagai contoh penggunaan talifon bimbit sebagai pemudah cara perhubungan, kereta sebagai pemudah cara pergerakkan manusia dan melindungi dari hujan dan panas terik.

c. Al-Tahsinat : Perkara kesempurnaan yang dituntut oleh maruah atau harga diri dan ketinggian akhlaq. Ketiadaan perkara ini tidak sampai memusnahkan hidup atau menyempitkannya, tetapi akan menjadikannya aib pada pandangan orang yang berakal. Seperti keperluan manusia mempunyai rumah yang besar untuk menampung isi rumah yang ramai.

Kesimpulan mudah untuk difahami oleh kita semua, susunan ini adalah pelengkap kepada kehidupan seorang manusia itu. Namun terpulang kepada individu itu sendiri untuk bijak menyusun dan menyesuaikan tuntutan ini dengan kehidupannya. Sebagai contoh bukan keperluan utama bagi seorang buruh untuk melebihkan perkara Tahsiniyat dalam kehidupannya, seperti membeli kereta besar yang mahal sehingga membebankannya untuk membayar sewa setiap bulan. Utama baginya adalah memiliki sebuah kereta biasa sebagai mencapai keperluan hajiyat.



Nilai Syukur Di Sisi Kita

Sejauh mana kita sebagai manusia sering berfikir dan merenung sejenak tentang nikmat dan segala yang telah diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita. Bertafakkur dan menerung bagaimana Allah taala menjadikan kita lantas melahirkan kita ke dunia yang penuh pancaroba ini. Bukan Allah sengaja meletak kita di sini secara sia-sia bahkan segala yang dicipta oleh Allah segalanya sudah termaktub di lauh mahfuz. Iaitu menjadi seorang khalifah di muka bumi ini dengan mentaati segala perintahnya dan menjauhi segala laranganya. Bagaimana Allah taala berfirman:





“Tidak aku jadikan manusia dan jin di muka bumi ini adalah selain untuk beribadah kepadaku”

Jester tuntutan bersyukur itu sebenarnya bukanlah suatu perkara yang terlalu susah untuk kita sebagai manusia untuk melihat dan mempercayainya. Kerana bagi manusia yang Allah taala sudah memberikan akal mereka sebenarnya sudah cukup untuk mereka bersyukur kepada Allah dengan melihat dan memerhatikan segala kejadian yang Allah taala jadikan. Firman Allah :

Bukanlah nilai Allah pada hambanya yang kaya itu tandanya bersyukur, bukan juga nilaian Allah pada hambanya yang berjawatan dan berpangkat besar adalah tanda bersyukur.

0 comments:

Post a Comment